assalamualaikum.. (waalaikumsalam) ^^
berbalik kpd tajuk kita pd hari ini ye.. hehe
2013??
aduhai, da msuk bln 2 da pon.. ^^
nyway.. aku still nk share azam aku.. (ad aku kesah ? hakhak )
1) merubah diri kepada yg lbih baek..
2) tamatkan pembelajaran dan keje ! (muka bersemangat time tulis ni, haha)
3) berjasa kpd kedua org tua, x mo susahkan mereka..
4) ofkos la kawin.. (nmpak gelenya di situ ye.. haha)
emm. sbut pasal kawin.. terlintas di fikiranku psl nk pakai purdah... ( yg pnting niat tu ade ye adik2 )
"Hai
orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
Wajib wanita muslimah memakai niqab atau purdah adalah pendapat
sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat
muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah
berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah
hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya
wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu
berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib
mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia
faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli
sunnah wal jama`ah. Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang
menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Adalah kurang tepat jika ada yang memakai purdah sekadar ikutan sahaja.
Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H)
di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya:
“Sesungguhnya aurat wanita
yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak
tangan.
Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu
Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian
juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi,
Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)
Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah
aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal)
dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di
Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.
Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama
semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab li
al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah
al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum
beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut
iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali
r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Alasan-alasan yang
dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya
aurat adalah jelas dan nyata.
Antaranya: -Firman Allah dalam Surah
al-Nur ayat 31
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: (maksudnya
kecuali yang zahir
daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang
ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin
`Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan
lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat
kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat
ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut
dalam kitabnya Al-Radd al-Mufhim bagi membukti bahawa muka dan tapak
tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan
riwayat yang membuktikan para sahabah berpegang kepada pendapat yang
menyatakan muka dan tapak tangan bukanlah aurat. Kedua: ayat di atas
menyatakan: (maksudnya):
“dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar
ditutup juyub iaitu jamak kepada jaib ataupun kita terjemahkan sebagai
bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud
wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga
menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini
tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah
itu adalah aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan
agar mereka menutupnya juga.Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi
(meninggal 456H) menyebut dalam Al-Muhalla: “Ayat ini adalah dalil
bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami
selain dari itu” (Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla bi al-Athar, jld.2,
m.s. 247, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping
perlu diberikan perhatian bahawa ayat ini adalah dalil yang menunjukkan
kewajipan menutup kepala, tengkuk dan dada. Ini jelas di dalam ayat di
atas. Oleh itu pendedahan kepala, tengkuk dan dada yang dilakukan oleh
sebahagian wanita muslimah adalah menyanggahi arahan al-Quran. Adapun
apa yang ditakwilkan oleh sebahagian penulis semasa bahawa
bahagian-bahagian tersebut tidak termasuk di dalam aurat wanita muslimah
adalah penyelewengan dalam penfsiran ayat.
sesungguhnya, aku insan yg lemah..