assalamualaikum.. (waalaikumsalam) ^^
berbalik kpd tajuk kita pd hari ini ye.. hehe
2013??
aduhai, da msuk bln 2 da pon.. ^^
nyway.. aku still nk share azam aku.. (ad aku kesah ? hakhak )
1) merubah diri kepada yg lbih baek..
2) tamatkan pembelajaran dan keje ! (muka bersemangat time tulis ni, haha)
3) berjasa kpd kedua org tua, x mo susahkan mereka..
4) ofkos la kawin.. (nmpak gelenya di situ ye.. haha)
emm. sbut pasal kawin.. terlintas di fikiranku psl nk pakai purdah... ( yg pnting niat tu ade ye adik2 )
"Hai
orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .
Wajib wanita muslimah memakai niqab atau purdah adalah pendapat 
sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat 
muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah
 berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah
 hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya 
wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu 
berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib 
mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia 
faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli 
sunnah wal jama`ah.      Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang 
menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Adalah kurang tepat jika ada yang memakai purdah sekadar ikutan sahaja.
Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) 
di dalam kitabnya المجموع  Al-Majmu’ katanya:
“Sesungguhnya aurat wanita
 yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak 
tangan.
Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu 
Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian 
juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi, 
Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)  
    Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah 
aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) 
dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di 
Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya  al-Hijab. 
Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama
 semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab li 
al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah 
al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum 
beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut 
iaituالرد المفحم  Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali 
r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.      Alasan-alasan yang 
dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya 
aurat adalah jelas dan nyata.
Antaranya:      -Firman Allah dalam Surah 
al-Nur ayat 31
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan 
perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah 
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan  ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:      
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: (maksudnya 
kecuali yang zahir 
daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang 
ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin 
`Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan 
lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat 
kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat
 ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut 
dalam kitabnya Al-Radd al-Mufhim bagi membukti bahawa muka dan tapak 
tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan 
riwayat yang membuktikan para sahabah berpegang kepada pendapat yang 
menyatakan muka dan tapak tangan bukanlah aurat.     Kedua: ayat di atas
 menyatakan: (maksudnya): 
“dan hendaklah mereka menutup belahan leher 
bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar 
ditutup juyub  iaitu jamak kepada jaib ataupun kita terjemahkan sebagai 
bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud
 wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga 
menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini 
tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah
 itu adalah aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan 
agar mereka menutupnya juga.Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi 
(meninggal 456H) menyebut dalam Al-Muhalla: “Ayat ini adalah dalil 
bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami 
selain dari itu” (Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla bi al-Athar, jld.2, 
m.s. 247, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).      Di samping 
perlu diberikan perhatian bahawa ayat ini adalah dalil yang menunjukkan 
kewajipan menutup kepala, tengkuk dan dada. Ini  jelas di dalam ayat di 
atas. Oleh itu pendedahan kepala, tengkuk dan dada yang dilakukan oleh 
sebahagian wanita muslimah adalah menyanggahi arahan al-Quran. Adapun 
apa yang ditakwilkan oleh sebahagian penulis semasa bahawa 
bahagian-bahagian tersebut tidak termasuk di dalam aurat wanita muslimah
 adalah penyelewengan dalam penfsiran ayat.
sesungguhnya, aku insan yg lemah..