Monday, February 4, 2013

2013 ?

assalamualaikum.. (waalaikumsalam) ^^

berbalik kpd tajuk kita pd hari ini ye.. hehe
2013??

aduhai, da msuk bln 2 da pon.. ^^
nyway.. aku still nk share azam aku.. (ad aku kesah ? hakhak )

1) merubah diri kepada yg lbih baek..
2) tamatkan pembelajaran dan keje ! (muka bersemangat time tulis ni, haha)
3) berjasa kpd kedua org tua, x mo susahkan mereka..
4) ofkos la kawin.. (nmpak gelenya di situ ye.. haha)

emm. sbut pasal kawin.. terlintas di fikiranku psl nk pakai purdah... ( yg pnting niat tu ade ye adik2 )

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgty1PHxM_IO6N1x81zP1FnLPinuuVZBIVVx7yLAGnx7FeBjyKb1toe1VrgcDUspwKGE_lqO5LJKacaWqmikWMIRBbH7mkFYoP9UdO_Qyd6zPZnmk60txylad5_NZgr1pgHWVIpzSw03GTM/s1600/purdah%25286%2529.jpg

"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .

Wajib wanita muslimah memakai niqab atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah. Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Adalah kurang tepat jika ada yang memakai purdah sekadar ikutan sahaja.

Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya:
“Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut) Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata.

Antaranya: -Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: (maksudnya kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya Al-Radd al-Mufhim bagi membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat yang membuktikan para sahabah berpegang kepada pendapat yang menyatakan muka dan tapak tangan bukanlah aurat. Kedua: ayat di atas menyatakan: (maksudnya): “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar ditutup juyub iaitu jamak kepada jaib ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H) menyebut dalam Al-Muhalla: “Ayat ini adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu” (Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla bi al-Athar, jld.2, m.s. 247, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping perlu diberikan perhatian bahawa ayat ini adalah dalil yang menunjukkan kewajipan menutup kepala, tengkuk dan dada. Ini jelas di dalam ayat di atas. Oleh itu pendedahan kepala, tengkuk dan dada yang dilakukan oleh sebahagian wanita muslimah adalah menyanggahi arahan al-Quran. Adapun apa yang ditakwilkan oleh sebahagian penulis semasa bahawa bahagian-bahagian tersebut tidak termasuk di dalam aurat wanita muslimah adalah penyelewengan dalam penfsiran ayat.

sesungguhnya, aku insan yg lemah..


No comments:

Post a Comment